Saturday, February 18, 2012

I'm Back ...

Hiiiiiiii... So happy malam nie... Dapat semula berblog... Banyak sgt yang berlaku lately, tak sempat nak update blog... Trying to update apa yang mampu... Bukan untuk di baca pun, cuma untuk memori sendiri... Do keep in touch... Peace ...

Wednesday, October 7, 2009

Hari Sabtu Di Ofis...

Hurmmm...

Assalamualaikum... Tajuk pun dah cukup buat aku ngeri... Kalau budak2 ofis baca pun, sure nak tak nak percaya jer aku berada di ofis pada hari Sabtu....




Yeah, its true... tapi kali ni memang terpaksa berada kat opis...menyiapkan kerja2 tertunggak yang bertahun2 tak habis nie... tak tahulah apa masalahnya... staff 150 orang, HR hanya aku seorang... memang gagah perkasa jugak rasa diri nih... sekali nak buat gaji, buntang biji mata...tak tido malam... new staff, tiap bulan ada... setiap bulan kena briefing benda yang sama jerk... kalaulah boleh rakam n ulang dgr jer tiap kali ada new staff, kan ker bagus... memang pemalas punya HR...



Dulu rasa mcm lega sikit bila ada assistant, tapi rupanya taklah kira assistant pun...separate keje jerk...maknanya dia tak bantu aku pun untuk kerja2 HR yang P&C nie... penatlah... urghhh asik merungut jerk aku nih... Alhamdulillah...tak baik merungut sgt...

Kesan daripada tu, dari 10am-6pm aku berada kat opis.... dasat gak lah... dengan keadaan kesihatan aku yang tak berapa mengizinkan pd hari tu....

Betul kata En. Azman my COO, kalau kerja habis maknanya dah nak resign n handover keje tu pada orang lainlah... Kerja memang takkan habis... Kita akan terus ada kerja2 tertunggak selagi kita bekerja...

Picture2 nie menunjukkan kerja2 tertunggak aku yang belum aku bereskan walaupun dah seharian di ofis pada hari cuti ni...adusss... semakin aku menyiapkan kerja2 nih, semakin kerja aku bertambah pula... Bermakna.... hidup memang begini... inilah aliran kehidupan...


Pemandangan dari meja aku... Sofa, tempat kwn2 aku lepak time lunch... sinilah juga tempat budak2 ofis tunggu turn nak jumpa aku... rasa mcm kaunselor pun ada kadang2...ramai benar yang nak jumpa aku....

Saturday, September 26, 2009

Kemalasan Di Hari Jumaat

Selamat Pagi, Bangun Subuh... Please...



Mentang2 lah aku belum tidur, senang pula nak kejut org bangun tidur... Tak tahu apa aku buat malam tadi, melayari internet (mcm biasalah)... Selain tuh wat pe ha... Owh, tengok filem BOHSIA (tgk kat youtube jer)... Boleh tahan jugak citernyer...

First entry aku untuk blog nih... before this ada 1 blog aku, tapi dah delete... DEEDA saja yang tahu kenapa blog tu di delete... anyway tak tahu nak entry apa untuk 1st entry nie... mcm DEEDA kata td, "ko buat jer mcm diary ko, entry jer apa yang ko rasa nak entry"... huhu senang jugak mendengar ayat tuh... tapi agak susah nak tunaikan...

Kemalasan yang berlaku semalam membuatkan aku msk opis hanya untuk 1-2jam.... mengalahkan CEO aku pula...apa nak buat, masih dalam mood raya... balik rumah online dgn DEEDA sambil mengejutkan orang tido... amat menyeksakan... cuti2 mcm nih, tgk wayang ker, jalan2 kat taman bunga ker(mmg tak pernah aku buat), window shopping ker, kan ker best... tapi si dia lebih suka layan tido daripada melayan aku... ok, aku kan penyabar orangnya....masih online dgn DEEDA, gossip sikit2...hahaha...

Pkl 2.30pm, mmg membara dah dalam hati... perut lapar nih.... dr pagi belum makan pun...mcm biasalah, aku kena mengamuk baru reti bangun tidur... punyalah payah nak tinggalkan tidurnya, mcm tak pernah tidur pulak... memang menyakitkan hatilah...

Tunggu dia mandi pun boleh tahan juga lamanya, mengalahkan perempuan... sempatlah aku posing sikit...
Uh... memang dah penyakit suka sgt posing, apa nak buat kan...bak kata DEEDA, kuba... huhu aku sendiri tak faham maksudnya... Berbalik pada cerita tadi, selepas si dia mandi, dgn muka tak bersalah dia ajak aku gi mkn... mmg mcm tu lah perangainya...uh...

Sepanjang perjalanan, aku diam je.... tak tahu kemana dia nak bawa aku lunch, lebih kurang 4pm(dah sepatutnya pk nak dinner, teruk punya buah hati)... End up, sampailah kat Mines... Nak masuk parking pun boleh tahan jugak ramai org...

Masa tuh mood aku dah agak ok sikit lah... Maklumlah, perut lapar, malas nak moody lebih2... Sepanjang perjalanan pun dia cuba pujuk aku... kire cincai lah... aku bukan suka nak moody tak tentu pasal nih...

Makan at Spice of Malaysia...nasi campur + soursop juice... oklah... kenyang perutku...

Lepas makan, aku mcm biasa akan msk kedai2 baju kat Mines tu... mungkin agak membosankan dia, dia ajak aku gi tgk wayang... mmg tak de citer best lah... kelmarin dah tgk Jin Notty... so today tak tahu nak tgk citer apa, kitorang pun tgklah MOMOK the movie...

Sementara nak tunggu tayangan 6.30pm, kitorang lepak kat mcD... perut mmg dah kenyang, tak tahu nak oder apa kat mcD... boleh ker lepak jer kat kerusi tanpa oder apa2.... buat muka slamber, duduk aje... kalau aku suka snap pict tak kira di mana aku berada, dia pulak mmg suka snap pict aku tanpa aku sedar... ni lah hasilnya...
mmg takder talent nak jadi cameramen...

Best ker citer MOMOK the movie?? Hurmm boleh tahan jer citernya... daripada 5 tu, aku vote 2.5 jerk... ahaks, boleh ker vote mcm tuh... lantaklah, kiranya cukup makan jer citernya... rasanya tak payahlah membazir nak gi tgk kat wayang, tunggu jer DVD/Cd keluar...

Balik dah malam, nak kena dinner nih... dia yang dalam keadaan sakit tekak + badan panas + pening kepala... tapau sup sayur + nasi putih, terus aku bawa gi klinik... mana lagi, Poliklinik Desilva... Lepas makan n makan ubat, dia terus tidur... aku juga yang masih melayari internet sehingga sekarang...

Uh, dah terasa mengantuk nih... DEEDA kejap lagi bangunlah tu, nak balik kg... tinggallah aku seorang diri kat rumah nie....

Katakan Tidak Pada Cinta Kenangan Silam

Masa bercinta semuanya indah. Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia. Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia.


Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

(received from one of a good frens...thanks dude)

True Love


True love is when you shed a tear and still want him...
It's when he ignores you and you still love him...
It's when he loves another but you still smile and say "I'm happy for you"...
When all you really do is cry and cry...